Wednesday, 16 December 2015
PENAMBAHBAIKAN BLOG
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.
1) Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan-tuan/Puan-puan yang sudi melawati blog ini.
2) Semoga segala input yang terdapat dalam blog ini memberi manfaat kepada Tuan-tuan dan Puan-puan.
3) Saya amat berharap sebarang pandangan, pendapat atau komen berkenaan penambahbaikan blog ini dimaklumkan kepada saya sendiri selaku admin blog ini. Saya amat memerlukan komen yang membina bagi memastikan blog ini sering dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengetahui tentang BBM.
4) Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Cik Nathrah Bt Hj Fazilah kerana sudi memberi komen terhadap blog ini. Semoga Cik Nathrah sudi lagi memberi komen yang bernas.
5) Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi menjengah ke blog ini.
HILMI MOHD NOOR
Sunday, 13 December 2015
Saturday, 12 December 2015
Hakikat Sebuah Perjuangan (1)
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ramai yang sering berbicara soal perjuangan. Apakah maksud perjuangan?? Mari kita rujuk kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) berkenaan maksud perjuangan...
Terdapat dua makna yang diberikan iaitu 1) perbuatan atau hal berjuang ; perlawanan , dan 2) perihal berjuang untuk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu.
Manakala dalam bahasa Arab pula perjuangan adalah mujahadah juga boleh disama ertikan dengan istilah jihad.
Di dalam kitab Bulughul Maram, karangan Ibnu Hajar al-Asqolani, dalam bab jihad telah memuatkan sebanyak 47 hadith yang berkaitan jihad.Berikut adalah beberapa petikan daripada kitab Bulughul Maram:
1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda;" Barangsiapa mati sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan". ( Muttafaq Alaihi)
2) Daripada Anas bahawa Nabi SAW bersabda;" Berjihadlah melawan kaum musyrikin dengan hartamu, jiwamu dan lidahmu"
(Riwayat Ahmad & Nasai. Hadith Shahih menurut Hakim)
3)Daripada Aisyah r.a: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah perempuan wajib berjihad? Baginda menjawab: Ya, jihad tanpa ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah. ( Riwayat Ibnu Majah dan asalnya Kitab Bukhari)
4) Abdullah Ibnu Umar r.a berkata: Ada seseorang menghadap Rasulullah SAW meminta izin ikut berjihad(berperang).Beliau bertanya, Apakah kedua orang tuamu masih hidup? Ia menjawab, Ya. Baginda bersabda, Kalau begitu berjihadlah untuk kedua orang tuamu. ( Muttafaq Alaihi)
5) Ahmad dan Abu Daud juga meriwayatkan hadith yang serupa daripada Abu Said dengan tambahan : Pulanglah dan mintalah izin kepada mereka.Jika mereka mengizinkan, berjihadlah dan jika tidak berbaktilah kepada mereka berdua.
Kesimpulan daripada hadith di atas ialah ;
1) Islam telah meletakkan nilai berbakti kepada kedua ibubapa sama taraf dengan berjihad di jalan Allah.
2) Jihad bukan hanya sekadar peperangan bersenjata tetapi juga melakukan sesuatu usaha dengan gigih bagi mencapai matlamat yang mulia.
3) Jihad memerlukan pengorbanan masa, harta dan jiwa bagi memastikan kejayaan yang ingin dicapai.
4) Setiap individu perlu mempunyai azam serta tekad untuk berjihad di jalan Allah bagi mengelakkan kita terjerumus dalam cabang kemunafikan.
5) Jihad itu adalah sesuatu yang sukar dan keras sifatnya, justeru perlulah mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha untuk berjihad.
Apakah kaitan perjuangan,jihad dan BBM?
Perjuangan dalam bahasa Melayu. Jihad pula dalam bahasa Arab.
Manakala BBM semamangnya berada di jalan perjuangan atau jihad untuk mengembalikan seramai mungkin insan terutamanya golongan remaja dan belia kembali ke jalan Allah kerana tergelincir dengan arus permodenan fatamorgana yang amat hebat bak tsunami yang melanda pantai hingga ke daratan.
Pegangan BBM ialah "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain" perlulah dihayati oleh semua pendokong, penyokong, rakan, sahabat mahupun penyumbang kepada BBM.
Kami berusaha sekuat mungkin bagi memastikan seramai mungkin anak-anak muda menghayati nilai-nilai Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Sedia Berbakti
Makna Di Sebalik Lagu Suci Dalam Debu
Makna Di sebalik Lagu Suci
Dalam Debu
Engkau bagai air
yang jernih - (itulah diri kita yang sebenar -Ruh)
Di dalam bekas yang berdebu - (Jasad/Badan yang asalnya dijadikan daripada tanah)
Zahirnya kotoran itu terlihat - (sifat manusia suka melihat keburukan orang lain)
kesucian terlindung jua -( Hal-hal yang baik biasanya kurang di pandang dan di ambil peduli)
cinta bukan hanya di mata - (cinta bukan daripada sudut syariat semata-mata@solat)
cinta hadir di dalam jiwa - (cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih@zikrullah)
biarlah salah di mata mereka - (mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat)
biar perbezaan terlihat, antara kita - (perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia)
Di dalam bekas yang berdebu - (Jasad/Badan yang asalnya dijadikan daripada tanah)
Zahirnya kotoran itu terlihat - (sifat manusia suka melihat keburukan orang lain)
kesucian terlindung jua -( Hal-hal yang baik biasanya kurang di pandang dan di ambil peduli)
cinta bukan hanya di mata - (cinta bukan daripada sudut syariat semata-mata@solat)
cinta hadir di dalam jiwa - (cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih@zikrullah)
biarlah salah di mata mereka - (mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat)
biar perbezaan terlihat, antara kita - (perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia)
kuharap engkau
kan terima - (bermunajat agar di terima Illahi)
walau di pandang hina - (sebagai hamba yang hina)
namun hakikat cinta kita, kita yang rasa - (perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata)
walau di pandang hina - (sebagai hamba yang hina)
namun hakikat cinta kita, kita yang rasa - (perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata)
suatu hari nanti,
pastikan bercahaya (di alam akhirat)
pintu akan terbuka, kita langkah bersama (bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya
pintu akan terbuka, kita langkah bersama (bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya
di situ kita
lihat, bersinarlah hakikat (diri kita yang sebenar....berseri-seri dan bersinar)
debu jadi permata, hina jadi mulia ( ruh mereka-mereka yang soleh , yang hina di dunia menjadi mulia di akhirat)
bukan khayalan, yang aku berikan ( kitab Al Quran)
tapi keyakinan yang nyata (kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran)
debu jadi permata, hina jadi mulia ( ruh mereka-mereka yang soleh , yang hina di dunia menjadi mulia di akhirat)
bukan khayalan, yang aku berikan ( kitab Al Quran)
tapi keyakinan yang nyata (kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran)
Wednesday, 9 December 2015
Makna Patriotisme
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, πατρίς), oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).
Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini (biar bagaimana sekalipun ertinya) sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Penyataan negaraku benar atau salah - mungkin salah tafsir petikan dari pegawai tentera laut Amerika Syarikat Stephen Decatur, tetapi juga dianggap dinyatakan oleh Carl Schurz - merupakan bentuk yang teramat sangat bagi kepercayaan ini. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran merupakan contoh biasa bagi patriotisme melampau.
Jenis-Jenis Patriotisme :
Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.
Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.
Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika perang dijangka menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang. Patriotisme masa aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh diukur untuk negeri, namun patriot tidak merendah-rendahkannya.
Sesetengah pihak menegaskan bahawa (tidak seperti nasionalisme moden, iaitu pembentukan negara abad ke-19), authentic patriotism(seperti yang ditunjukkan perkataan bahasa Latin 'pater') mestilah berasaskan suatu bentuk genofilia dan perkongsian nenek moyang.
Tahap patriotisme berubah-ubah sepanjang masa, dan berbeza-beza di kalangan komuniti politik. Biasanya, keamatan patriotik lebih tinggi apabila negeri diancam oleh pihak luar.
Sebaliknya, tahap patriotisme yang tinggi selalu digandingkan dengan sifat suka berperang, menurut Correlates of War. Sebagai contoh, patriotisme dikatakan pada tahap tinggi oleh Correlates mengenai Jerman pra-Perang Dunia I, begitu juga bagi AS masa kini dalam World Values Survey.
( Sumber Wikipedia)
Sunday, 6 December 2015
Moto BBM : SEDIA BERBAKTI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Briged Bakti Malaysia atau dikenali sebagai BBM merupakan sebuah NGO yang perlu bersedia dalam pelbagai situasi untuk memberi manfaat kepada umat manusia. Hadith Nabi SAW yang menjadi pegangan BBM yang bermaksud " Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain",
perlu sentiasa difahami dan dihadam oleh semua ahli-ahli BBM.
Kefahaman daripada saranan Baginda SAW adalah, sebagai umat Islam kita perlu memberi kemudahan kepada orang lain tanpa mengira latar belakang mereka. Indahnya ajaran Islam ialah memberi manfaat kepada seluruh alam ini. Justeru, BBM yang telah menjadikan hadith ini sebagai sandaran utama dalam menjayakan semua program dan aktiviti perlu berusaha melatih semua ahli-ahli BBM benar-benar memahami serta mengamalkan maksud hadith ini.
Bagi merealisasikan hadith ini, BBM telah meletakkan moto dengan 2 kalimah iaitu SEDIA BERBAKTI.
2 kalimah ini menunjukkan bahawa, BBM amat serius dalam memberi manfaat kepada manusia secara khususnya dan alam ini secara amnya.
Setiap ahli BBM yang komited, perlu berada dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia untuk dimanfaatkan tenaganya dalam apa jua perkara kebaikan.
Thursday, 3 December 2015
JANGAN CEPAT MARAH ( HADITH ARBAIN No.16)
Dari Abu Hurairah - radhiyallahu 'anhu - bahwa seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad - shallallahu 'alaihi wa sallam - : “Berikanlah wasiat (pesan) kepadaku.” Rasulullah saw bersabda: "Jangan marah." Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya dan Rasulullah bersabda : "Jangan marah." (HR Bukhari)
Takhrij hadits
Hadits ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab shahihnya pada kitab Al-Adab bab Al-Hadzar min al-Ghadhab, hadits nomor 6184
Kedudukan hadits
Hadits yang sangat pendek ini merupakan satu dari keistimewaan Rasulullah saw di mana beliau memilikijawami' al-kalim atau kalimat yang pendek, namun padat makna dan nilai.
Hadits ini menjelaskan satu kunci dari kesehatan jiwa yang akan berdampak bagi kesehatan sisi-sisi lainnya, sebab marah merupakan kunci dari segala macam keburukan. Maka jika manusia mampu menghindari marah, maka ia akan terhindar dari segala pintu keburukan
Dampak negatif marah
Oleh para pakar, marah didefinisikan sebagai: gejolak jiwa yang mendorong seseorang untuk memukul dan membalas dendam (lihat Al-Wafi Syarh Arba'in An-Nawawi). Marah membawa banyak dampak negatif, baik dalam tataran personal, sosial, badan, jiwa dan pikiran.
Seorang salaf menjelaskan bahwa marah adalah simpul segala keburukan dan menjauhinya adalah simpul segala kebajikan (lihat Akhlaq al-Muslim wa Adabuhu, hal. 54).
Secara personal, seseorang yang marah akan kehilangan ketepatan dalam berbicara dan bertindak, logika menjadi tumpul dan bahkan mandul. Pelakunya cenderung memaki, mengumpat, menghina, mengucapkan kosakata kotor dan tidak beradab, menimbulkan banyak sesal kemudian, posisi dan kedudukannya di mata orang lain menjadi jatuh dan lain sebagainya.
Seorang ahli adab melukiskan: Seseorang yang sedang marah berarti jiwa kebinatangan dan kebuasannya sedang aktif, seluruh urat dan ototnya menegang, darahnya "mendidih". Karenanya, ia berkeinginan untuk menggigit, mencakar, mencekik, menginjak atau menendang, sehingga hampir tidak berbeda antara dia dengan harimau atau singa.
Di antara dampak negatif marah secara sosial adalah tumbuhnya sifat benci di dalam hati, menyimpan keburukan di dalam jiwa dan bahkan berakibat kepada menyakiti dan menjauhi sesama kaum muslimin. Selanjutnya tumbuhnya sikap permusuhan, terputusnya silaturrahim dan tercerai berainya tatanan kehidupan dan hubungan sosial
Sedangkan dampak negatif marah terhadap fisik, jiwa dan pikiran cukuplah kita mengingat bahwa seorang hakim tidak boleh diperbolehkan memutuskan suatu perkara dalam keadaan marah. Beginilah Islam menetapkan prinsip ini.
Mengingat betapa marah memiliki dampak yang sangat luas dan mendalam, baik di dunia maupun akhirat, maka, saat ada seorang sahabat meminta resep Islam secara singkat, beliau saw "hanya" bersabda: "Jangan marah".
Pandangan Islam terhadap marah
1. Marah adalah bara api yang ada di dada manusia. Rasulullah saw bersabda: “Ingatlah bahwa marah adalah bara api di dalam hati anak manusia, tidakkah kalian melihat kedua matanya yang memerah dan pelipisnya yang mengembang?” (HR Ahmad dan At-Tirmidzi, no. 2191)
2. Allah swt menyanjung orang-orang beriman atas sifat-sifatnya yang mulia, di antaranya: karena mereka menahan gejolak amarahnya (QS Ali Imran: 134). Dan Rasulullah bersabda: Orang kuat bukanlah yang ahli dalam bergulat (membanting), akan tetapi, orang kuat adalah yang mampu mengekang dirinya saat marah. (muttafaqun 'alaih)
3. Allah swt mencintai sifat ar-rifqu yaitu sifat yang lembut, sayang, penuh perhitungan dan tidak mudah marah. Rasulullah saw bersabda: Dan Allah swt adalah Dzat yang rafiq dan mencintai sifat ar-rifqu dalam segala urusan.(muttafaqun 'alaih)
Terapi Islam terhadap marah
Agama Islam - melalui Al-Quran dan Al-Hadits - telah mengajarkan berbagai cara untuk menjalankan terapi dan mengobati marah, di antaranya adalah:
1. Menghindari pemicu dan penyebab marah.
Hidari sifat-sifat yang gampang menyulut kemarahan seperti sifat takabbur, membanggakan diri, menghina dan meremehkan orang lain, banyak bercanda, berdebat, campur tangan dalam urusan orang lain, iseng dan semacamnya.
2. Berlindung kepada Allah dari syetan (QS Al-A'raf : 200).
Diceritakan bahwa ada dua orang saling memaki dan Rasululah saw ada di dekat keduanya, salah seorang dari keduanya mulai memerah kedua matanya serta mengembang otot-otot mukanya, maka Rasulullah bersabda: "Aku mengetahui satu kalimat, sekiranya orang itu mengucapkannya niscaya akan hilanglah ekspresinya itu, kalimat itu adalah a'udzu billah min al-syaithan al-rajim. (HR Abu Dawud, no. 4781)
3. Diam dan tidak berkata-kata.
Rasulullah saw bersabda: Jika salah seorang di antara kamu marah, diamlah. (HR Ahmad)
4. Bertahan pada posisi awal (duduk tetap duduk).
Rasulullah saw bersabda: Ingatlah bahwa marah adalah bara api di dalam hati anak manusia. Tidakkah kalian melihat kedua matanya yang memerah dan pelipisnya yang mengembang? Maka siapapun yang merasakan demikian, hendaklah menempelkan dirinya dengan tanah. (HR Ahmad dan At-Tirmidzi, no. 2191)
Maksudnya, tetaplah pada posisi semula. Duduk tetap duduk dan jangan berdiri atau pindah tempat
5. Dzikir kepada Allah.
Dengan dzikir kepada Allah akan mendatangkan ketenangan (QS Ar-Ra'd : 28)
6. Merubah posisi ke yang lebih rendah.
Rasulullah saw bersabda: Jika salah seorang di antara kamu marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Jika marahnya hilang, cukuplah. Bila belum hilang, berbaringlah. (HR Abu Dawud, no. 4782)
7. Berwudhu
Rasulullah bersabda: Sesungguhnya marah itu dari syetan dan syetan itu dicipta dari api, maka, jika salah seorang di antara kamu marah, berwudhulah. (HR Abu Daud, no. 4784)
8. Menahan nafsu marah dengan cara tidak menindaklanjuti keinginan marah, sesuai dengan QS Ali Imran: 134.
Rasulullah saw bersabda: Tidak ada "regukan" yang lebih aku cintai yang melebihi "regukan" marah yang ditahan oleh seorang hamba. Tidak ada seorang hamba yang mampu menahannya kecuali Allah swt akan memenuhi jiwanya dengan keimanan. (HR Ahmad).
Dalam hadits lain: Siapa yang menahan marahnya padahal ia mampu melaksanakannya, maka Allah swt akan memanggilnya di depan khalayak pada hari kiamat sehingga Dia mempersilakannya untuk memilih bidadari sesukanya. (HR At-Tirmidzi, no. 2493)
9. Melatih diri untuk bersifat pemaaf dan sabar dalam rangka mencontoh dan meneladani Rasulullah saw.
10. Melatih diri untuk menahan dan mengendalikan nafsu marah.
Rasulullah saw bersabda: Orang kuat bukanlah yang ahli dalam bergulat (membanting), akan tetapi, orang kuat adalah yang mampu mengekang dirinya saat marah. (muttafaqun 'alaih)
Semoga dengan mempelajari hadits yang singkat namun padat ini kita mendapatkan taufik, bimbingan serta kekuatan dari Allah swt untuk mampu mentarbiyah jiwa kita agar tidak mudah marah serta mampu mengendalikannya.
(Bahasa artikel di atas dalam bahasa Indonesia. sumber daripada www.umi-online.com)
ADAB & SUNNAH DALAM BERMUSAFIR
- Tujuan perjalanan adalah baik dan betul.
- Menunaikan solat sunat 2 rakaat di rumah sebelum bermusafir.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W, ” Perkara yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada ahli keluarganya apabila dia bermusafir ialah menunaikan solat 2 rakaat”. - Anatara sunnah Rasulullah S.A.W. ialah baginda suka bermusafir pada hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Sesseorang sepatutnya tidak bermusafir pada hari Jumaat, menyebabkan dia gagal menunaikan solat Jumaat.
- Nabi S.A.W. bersabda, “Bermusafirlah di malam hari kerana ia memendekkan perjalanan”. Kebiasaannya perjalanan dimudahkan di malam hari. Benarlah sabda Nabi S.A.W. bahawa jarak menjadi singkat di malam hari.
- Antara perkara sunat dalam bermusafir ialah seseorang perlu membawa bersamanya beg kecil berisi keperluan asas untuk dirinya. Setiap kali bermusafir, Nabi S.A.W. membawa beg kecil berisi siwak. Baginda sentiasa membawa siwak ketika bermusafir. Baginda juga membawa sikat, cermin, celak dan kayu wangi. Kayu wangi ini dianamakan Al-Midra, dengannya baginda meleraikan rambut.
- Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga, dengan memohon penjagaan daripada Allah S.W.T. Inilah sunnah yang dibaca oleh Nabi S.A.W. kepada beberapa sahabat, “Aku pohon agar kau dijagai Allah S.W.T. yang takkan hilang jagaan daripadaNya”.
- Sunat bagi meminta didoakan oleh orang musafir. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. meminta salah seorang sahabatnya iaitu Umar Al-Khattab agar mendoakannya ketika dia bernagkat untuk bermusafir apabila dia datang meminta izin daripada Rasulullah S.A.W. Lalu Nabi S.A.W. bersabda, “Saudaraku, janganlah kau lupa untuk mendoakan kami. Rasulullah S.A.W. sendiri meminta sahabatnya mendoakan untuknnya.
- Apabila kita keluar dari rumah, sunat kita membaca basmalah. ‘Dengan nama Allah aku beriman dan bertawakal dan tiada yang berkuasa melainkan Allah’. Apabila mula menaiki kenderaan untuk bermusafir, berdoalah dengan doa musafir.
- Bagi yang bermusafir, jika mudah baginya, agar memilih teman perjalanan yang pekerti. Sunat bagi yang bermusafir secara berkumpulan agar seornag daripada mereka menjadi ketua.
- Antara sunnah lain Rasulullah S.A.W. dalam bermusafir ialah sunat kita bertakbir ketika pada paras ketinggian dan bertasbih ketika turun keparas rendah. (Tidak kira di dalam kereta ataupun kapal terbang)
- Juga di antara sunnah Nabi S.A.W. ialah Al-Huda’ (nyanyian musafir). Diketahui, antara sunnah Nabi S.A.W. ialah mendengar nyanyian. Sebagai bukti bahawa Nabi S.A.W. suka mendengar nyanyian ketika dalam perjalanan. Rasulullah S.A.W. inginkan kita dalam suasana yang baik. Merehat dan menenangkan dirinya daripada suasana tegang yang mungkin dialami ketika bermusafir.
- Nabi S.A.W. mengajarkan kita, apabila memasuki sesuatu pekan atau kampung kita disunatkan berdoa kepada Allah S.W.T. Setiap kali baginda memasuki sesuatu negara atau kampung, baginda akan berdoa agar Allah permudahkan perjalanannya. Jika seseorang itu mengamalkan sunnah ini, Allah akan lindunginya setiap kali dia melalui sesuatu kawasan.
- Nabi S.A.W. juga berpesan agar kita membawa balik hadiah. Pastikan ada hadiah ketika balik daripada bermusafir. Biarpun hadiah tersebut hanya kecil tetapi amat bernilai bagi ahli keluarga, kanak-kanak, sanak saudara dan rakan karib. Hadiah mengeratkan hati manusia. Terutama apabila pulang dengan membawa hadiah. Ramai yang pulang dengan membawa hadiah. Tetapi siapa antara kita yang merasai ia adalah sunnah dan ikutan daripada Rasulullah S.A.W.
Inilah keistiewaan kepada yang tahu dan belajar tentang sunnah Nabi S.A.W. Apabila kita melaksanakan salah satu daripada sunnah ini, kita dapat merasai perjalanan kita dalah perjalanan yang luar biasa. Dipenuhi dengan berbagai manfaat dan faedah dan keagamaan dan mencontohi penghulu para nabi S.A.W.
(sumber : Blog Almost Awesome)Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu.(Surah Al-Imran: 31)
Wednesday, 2 December 2015
Dalil Quran tentang kebajikan / kebaktian
لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
( Surah al-Baqarah ayat 177)
Terjemahan :
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir ( yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan(memerdekakan) hamba, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan orang-orang yang menepati janjinya apabila berjanji dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar(imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.
Tuesday, 1 December 2015
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ = SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Tajuk posting pada hari ini diambil daripada hadith Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari & Muslim. Hadith "Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain" adalah slogan Briged Bakti Malaysia (BBM). Ada sepotong hadith yang relevan dengan hadith ini ialah "Orang yang paling dicintai oleh Allah Ta'ala adalah yang paling bermanfaat kepada sesama manusia" ( Majmu'ad Az-Zawaaid wa Manii'u al-Fawaaid Juz 8,hlm.121)
Melalui kefahaman hadith ini, semua individu yang menyertai BBM perlu mengamalkan maksud hadith ini. Dalam erti kata yang lain, apabila telah rasmi menjadi ahli BBM, maka setiap ahli perlu bermanfaat kepada umat manusia tanpa mengira agama, bangsa dan darjat keturunan. Ketika ahli BBM memberi manfaat kepada manusia lain, maka Allah Ta'ala juga akan mencintai individu tersebut. Apabila kesemua ahli BBM yang mengamalkan hadith ini, maka organisasi BBM juga akan mendapat perhatian daripada Allah Ta'ala.
Justeru, kami ingin mengajak seramai mungkin sesiapa sahaja yang hendak menghidupkan sunnah Nabi SAW dalam bermasyarakat, agar sentiasa memberi manfaat kepada semua manusia. Jika tidak mampu memberi manfaat, maka janganlah kita menimbulkan kemudharatan buat manusia.
Berikut adalah situasi contoh dalam kehidupan seharian kita ;
1) Budaya bersih adalah tuntutan agama, jika kita terjumpa sampah maka kita perlu kutip dan buang sampah tersebut. Ini akan memberi manfaat kepada orang lain. Tetapi jika kita malas untuk mengutip sampah tersebut, janganlah kita pula yang membuang sampah di tempah tersebut dengan andaian, orang lain buat sampah kita pun ikut sama buang sampah.
2) Ketika di jalan raya, budaya memberi laluan kepada pemandu lain adalah satu sikap pemandu yang berhemah. Jika kita tidak mampu untuk memberi laluan kepada pemandu lain, kita janganlah memotong pemandu lain yang akan menyebabkan pemandu tersebut marah dengan kita.
3) Jika dalam sesebuah komuniti menganjurkan program gotong royong, ikut serta dalam program tersebut adalah bertepatan dengan hadith di atas, tetapi jika kita malas turut serta, berilah kerjasama dengan memudahkan urusan gotong royong tersebut dan bukannya kita hanya memberi sungutan serta alasan sahaja.
Tiga situasi di atas adalah contoh di antara kisah-kisah dalam masyarakat yang berlaku hari ini. Bagi BBM, kami berusaha untuk melatih seramai mungkin anak-anak sekolah yang menyertai BBM agar membudayakan maksud hadith di atas.
Semoga Allah Ta'ala menerima semua amal kebaikan kita sebagai deposit kita di hari akhirat kelak. Perkara yang penting sekali ialah sifat IKHLAS yang perlu disuburkan dalam diri kita sebagai penggerak sosial yang terlibat di dalam masyarakat.
Hanya Allah Ta'ala jua yang Maha Mengetahui
Monday, 30 November 2015
LATAR BELAKANG BBM
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Briged Bakti Malaysia (BBM) bermula dengan
penubuhan Briged Bakti Kelantan pada tahun 1991. Dato’ Dr Abdul Razak Bin
Kechik merupakan Pengerusi Kebangsaan
BBM yang pertama setelah pertubuhan ini didaftarkan sebagai pertubuhan
peringkat kebangsaan. Kini BBM mempunyai 10 cawangan di seluruh negara iaitu
Perlis, Kedah,Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Melaka, Negeri
Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Falsafah BBM berasaskan kepada ruh/semangat
daripada kalimah al-Birr dalam surah al-Baqarah ayat 177. Kalimah Al-Birr
maksudnya mencangkupi kebajikan, kebaktian, kebaikan, kesukarelawanan dan
kemanusiaan yang berteraskan kepada pengabdian kepada Allah SWT.
Sejak daripada penubuhan BBM, fokus utama ialah
membangunkan anak-anak muda agar sentiasa segar dengan budaya dan semangat
berbakti kepada masyarakat. Justeru, BBM memulai langkahnya dengan menggerakkan
unit uniform di sekolah kerana di sekolahlah anak-anak muda ini dapat dididik
dan disemai dengan budaya berbakti. BBM sentiasa mempunyai impian agar setiap
pelajar yang menyertainya akan terus menyuburkan budaya berbakti kepada
masyarakat, negara dan agama apabila mereka melepasi dunia persekolahan mereka.
Kini BBM bergerak dengan dua fungsi utama iaitu
Bahagian Beruniform di peringkat sekolah
dan Bahagian Masyarakat yang terbuka kepada semua individu yang berminat.
Fungsi Bahagian Masyarakat telah dikembangkan kepada mahasiswa/mahasiswi IPT.
Penglibatan mahasiswa IPT telah membentuk skuad IPT BBM yang sangat penting
bagi menjayakan hasratnya dalam penerapan aktiviti kesukarelawan. Skuad IPT
juga berperanan sebagai fasilitator atau jurulatih di dalam pelbagai aktiviti
yang akan dijalankan oleh BBM. Ini sejajar dengan dasar kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu mengalakkan para penuntut IPT terlibat di dalam
aktiviti kesukarelawanan. Justeru, BBM berusaha melatih seramai mungkin
mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam Skuad IPT dalam program
kesukarelawanan serta penglibatan mereka secara langsung ke dalam komuniti. BBM
amat menyakini bahawa pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan adalah
mahasiswa dan mahasiswi yang kini sedang menuntut ilmu di semua IPTA/UA atau
IPTS/US seluruh negara. Oleh yang demikian, BBM amat serius dalam usaha
membangunkan para siswa siswi dengan tiga fokus utama iaitu Kepimpinan,
Kesukarelawanan dan Modal Insan agar hasrat mereka sebagai pelapis kepimpinan
negara bakal tercapai.
Aktiviti kesukarelawanan BBM amat menekankan
agenda pembangunan masyarakat secara kolektif dengan pelbagai pihak termasuklah
pihak kerajaan, komuniti dan industri. Antara program-program yang telah
dijalankan seperti mosquecare, peduli marhaen, pendidikan anak yatim miskin dan
sebagainya. BBM juga telah berjaya menjalankan program kesukarelawanan secara
kerjasama dengan pelbagai pihak melalui pendekatan Corporate Social
Responbility (CSR) atau Tanggungjawab Sosial Korporat.
BBM mengutamakan aspek pembudayaan ilmu di
dalam setiap program ataupun aktiviti di semua peringkat. Pembudayaan ilmu ini
terdapat 7 nilai utama iaitu 1) Mementingkan ilmu,2) Mengekalkan hasil ilmiah,
3) Berterusan dalam keilmuan, 4) Hormat kritis terhadap ilmu, 5) Kepimpinan, 6)
Musyawarah dan 7) Menghargai peranan wanita.
Slogan BMM ialah “ sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada
manusia lain”, perlulah disebarkan kepada seramai mungkin manusia agar
setiap inci kehidupan kita dalam dunia ini mendapat rahmat dan bekerkatan
daripada penguasa seluruh alam, Allah SWT.
Friday, 27 November 2015
Perkembangan terkini BBM
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda serta para sahabat baginda sekalian.
Kami berharap tahun 2016, beberapa sekolah di beberapa buah negeri dapat digerakkan program pasukan berunifrom kepada para pelajar sekolah menengah.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda serta para sahabat baginda sekalian.
Tahun 2016, genaplah umur Briged Bakti 25 tahun. Briged Bakti telah mula langkahnya dalam program pasukan beruniform di Kelantan Darul Naim. Sehingga kini, Briged Bakti telah berkembang dari Perlis hingga ke Johor dan akan memulakan program di Sabah dan Sarawak pada tahun 2016, Inshaa Allah.
Perkembangan terkini BBM, rombongan BBM yang diketuai oleh Dato' Dr Abdul Razak Bin Hj.Kechik selaku Pengerusi Kebangsaan BBM telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri. Antara JPN yang telah kami kunjungi ialah ;
1) JPN Perak
2) JPN Perlis
3) JPN Kedah
4) JPN Kelantan
5) JPN Pahang
Kesemua JPN yang kami kunjungi telah mendapat reaksi yang amat baik daripada pihak JPN. Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua JPN yang telah kami kunjungi dan barhasrat hubungan baik BBM dengan pihak JPN akan berterusan dengan keadaan yang harmoni serta ukhuwah.
Kami berharap tahun 2016, beberapa sekolah di beberapa buah negeri dapat digerakkan program pasukan berunifrom kepada para pelajar sekolah menengah.
Thursday, 26 November 2015
Terjemahan Surah At-Taubah Ayat 38-39
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak." ( Ayat 38)
"O ye who believe! what is the matter with you, that, when ye are asked to go forth in the cause of Allah, ye cling heavily to the earth? Do ye prefer the life of this world to the Hereafter? But little is the comfort of this life, as compared with the Hereafter."
"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." ( Ayat 39)
"Unless ye go forth, He will punish you with a grievous penalty, and put others in your place; but Him ye would not harm in the least. For Allah hath power over all things."
Kisah Pemuda Yang Ditangguhkan Kematiannya Oleh Allah SWT
Kematian memang di tangan Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. Bagaimana caranya dan mengapa boleh terjadi?
Kisah ini benar-benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”
“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”
“Ada apa dia datang menemuimu?”
“Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan perkahwinannya esok pagi.”
“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.” Selesai berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkawinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.
Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap boleh melangsungkan perkawinannya.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.
Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu memberitakan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?
Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.
“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”
“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”
Kematian memang di tangan Allah. Justru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya, Muhammad bahwa sedekah itu dapat memanjangkan umur. Jadi, sesuatu yang dapat menunda kematian, itu adalah…sedekah.
Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.
Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.
Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.
Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan Khusnul khatimah.
Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampun oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian pada masa mendatang.
Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
Mari berbagi, berbagi itu indah. Dangan mengklik bagikan, anda sudah mendapat pahala dari Allah SWT.
(Sumber : FB Cahaya Al-Quran)
Terjemahan surah al-ma'un
Adakah engkau lihat orang yang mendustakan ad-din ? (1) Itulah orang yang mengherdik / menindas anak yatim (2); Dan tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin (3); Kecelakaan bagi orang-orang yang melakukan solat (4). Yang lalai daripada solat mereka (5); Juga orang-orang yang riya' (6). Dan orang-orang yang enggan memberi pertolongan (7)
Pengajaran surah
- Allah swt mencela orang-orang yang mendustakan ad-Din.
- Orang yang mendustakan ad-Din adalah mereka yang suka mengherdik, menghalau, menafikan hak, menindas dan menganiaya anak yatim. Bahkan suka meninggalkan amal kebajikan.
- Orang yang mendustakan ad-Din tidak suka menggalakkan orang lain bersedekah makan minum kepada golongan miskin; bersifat bakhil dan sering mengadakan alasan-alasan untuk menolong orang.
- Musibah dan celaka besar terhadap orang yang melakukan tiga perkara (a) melalaikan solat, (b) berbuat sesuatu dengan riya', (c) enggan menolong orang lain (walaupun perkara yang mudah dan ringan).
- Lalai dalam solat membawa maksud – meninggalkan solat, jarang solat, solat di akhir waktu, solat tergesa-gesa, solat dengan malas.
- Allah menyenaraikan empat sifat orang kafir / tidak beriman / hipokrit / munafik yakni mereka (a) bakhil dan kikir; (b) meninggalkan / lalai dalam solat (c) bersifat riya' (d) enggan memberi pertolongan dan zakat.
(Sumber : Blogger Ummu Auliya)
Wednesday, 25 November 2015
Sebaik-baik manusia
عن ابن عمر ، أن رجلا جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقال : يا رسول الله أي الناس أحب إلى الله ؟ وأي الأعمال أحب إلى الله عز وجل ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « أحب الناس إلى الله أنفعهم للناس ، وأحب الأعمال إلى الله سرور تدخله على مسلم ، أو تكشف عنه كربة ، أو تقضي عنه دينا ، أو تطرد عنه جوعا ، ولأن أمشي مع أخ لي في حاجة أحب إلي من أن أعتكف في هذا المسجد ، يعني مسجد المدينة ، شهرا ، ومن كف غضبه ستر الله عورته ، ومن كظم غيظه ، ولو شاء أن يمضيه أمضاه ، ملأ الله عز وجل قلبه أمنا يوم القيامة ، ومن مشى مع أخيه في حاجة حتى أثبتها له أثبت الله عز وجل قدمه على الصراط يوم تزل فيه الأقدام »
Daripada Ibnu Umar bahwa seorang lelaki mendatangi Rasulullah Shallallahualaihiwassalam dan berkata,”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah ? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?” Rasulullah Shallallahualaihiwassalam menjawab,”Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi hutang atau menghilangkan kelaparan. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menunaikan) suatu keperluan lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini—yaitu Masjid Madinah—selama satu bulan. Dan barangsiapa yang menghentikan amarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa menahan amarahnya padahal dirinya sanggup untuk melakukannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk (menunaikan) suatu keperluan sehingga tertunaikan (keperluan) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak bergemingnya kaki-kaki (hari perhitungan).” (HR. Thabrani)
Hadits ini dihasankan oleh Syeikh al Albani didalam kitab “at Targhib wa at Tarhib” (2623)
Tuesday, 24 November 2015
Visi BBM: Masyarakat Berbakti
Briged Bakti Malaysia (BBM) mempunyai hasrat yang amat besar untuk mengwujudkan masyarakat di dalam negara kita agar membudayakan sikap tolong-menolong di antara satu sama lain. Kami mempunyai cita-cita yang besar untuk melatih seramai mungkin anak-anak muda kini agar berbakti kepada agama,bangsa dan negara.
Justeru, program-program yang dianjurkan oleh BBM akan menjurus kepada elemen bantu membantu dan mengutamakan hubungan persaudaran di antara satu dengan yang lain.
Masyarakat Berbakti yang ingin kami lahirkan terdiri daripada perkara berikut ;
1) Berbakti kepada agama
2) Berbakti kepada negara
3) Berbakti kepada bangsa
4) Berbakti kepada masyarakat & komuniti
Bagi menjayakan agenda ini, kami memerlukan sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak untuk bersama-sama kami untuk tujuan ini.
Justeru, program-program yang dianjurkan oleh BBM akan menjurus kepada elemen bantu membantu dan mengutamakan hubungan persaudaran di antara satu dengan yang lain.
Masyarakat Berbakti yang ingin kami lahirkan terdiri daripada perkara berikut ;
1) Berbakti kepada agama
2) Berbakti kepada negara
3) Berbakti kepada bangsa
4) Berbakti kepada masyarakat & komuniti
Bagi menjayakan agenda ini, kami memerlukan sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak untuk bersama-sama kami untuk tujuan ini.
Monday, 23 November 2015
Sahabat Dunia dan akhirat
'SAHABAT'
Berkata Umar bin Khattab Radhiyallahu 'anhu:
"Tidaklah seorang hamba diberi kenikmatan yang lebih besar setelah keislaman, selain sahabat yang soleh. Maka apabila kalian mendapati teman yang soleh, peganglah ia erat-erat"
══════════
Berkata Imam Syafi'i:
" Apabila kalian memiliki teman - yg membantumu dalam ketaatan- maka genggam erat tangannya, karena mendapatkan seorang sahabat itu sulit sedangkan berpisah darinya itu "mudah"
══════════
Berkata Al Hasan Al Bashri:
" Sahabat2 kami lebih kami cintai daripada keluarga dan anak2 kami, karena keluarga kami mengingatkan kami pada dunia, sedangkan sahabat2 kami mengingatkan kami pada akhirat. Dan sebagian sifat mereka adalah : itsar (mendahulukan orang lain dalam perkara dunia)
═════💠💠═════
💞 Berkata Luqman Al hakim pada anaknya:
" Wahai anak ku hendaknya yang pertama engkau usahakan setelah keimanan kepada Allah adalah mencari sahabat yang jujur. Karena ia ibarat pohon, bila engkau duduk berteduh di bawahnya, ia akan meneduhimu, bila engkau mengambil buahnya dia akan mengenyangkanmu, dan bila ia tidak memberimu manfaat, ia tidak merugikanmu"
═════💠💠═════
💞 Ketika Imam Ahmad rahimahullah sakit, sampai terbaring di tempat tidurnya, sahabat beliau, Imam Syafi'i rahimahullah menjenguknya. Maka tatkala Imam Syafii melihat sahabatnya sakit keras, beliau sangat sedih, sehingga menjadi sakit karenanya. Maka ketika Imam Ahmad mengetahui hal ini, beliau menguatkan diri untuk menjenguk Imam Syafi'i. Ketika beliau melihat Imam Syafi'i beliau berkata: Kekasihku sakit, dan aku menjenguknya,
Maka aku ikut menjadi sakit karenanya.
Kekasihku telah sembuh dan ia menjengukku, maka aku menjadi sembuh setelah melihatnya
═════💠💘💠═════
🍁 Ya Allah berikan kepada kami sahabat sahabat yang soleh & solehah.
Aamiin
Blog Rasmi Pengarah Eksekutif BBM
Assalamualaikum,
Mulai bulan Disember 2015, blog ini adalah salah satu daripada blog rasmi Pengarah Eksekutif BBM. Melalui blog ini, Tuan-tuan dan Puan-Puan dapat mengikuti perkembangan BBM dengan lebih kerap lagi.
Inshaa Allah, saya akan sentiasa mengemaskini blog ini bagi kemudahan sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat atau perkembangan berkenaan BBM.
Lain-lain perkembangan boleh juga dilawati melalui website rasmi kami iaitu www.brigedbaktimalaysia.com
Subscribe to:
Posts (Atom)