Sunday, 6 December 2015

Moto BBM : SEDIA BERBAKTI

Dengan  Nama  Allah  Yang  Maha  Pemurah  Lagi  Maha  Penyayang

Briged Bakti Malaysia atau dikenali sebagai BBM merupakan sebuah NGO yang perlu bersedia dalam pelbagai situasi untuk memberi manfaat kepada umat manusia. Hadith Nabi SAW yang menjadi pegangan BBM yang bermaksud " Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain",
perlu sentiasa difahami dan dihadam oleh semua ahli-ahli BBM.

Kefahaman daripada saranan Baginda SAW adalah, sebagai umat Islam kita perlu memberi kemudahan kepada orang lain tanpa mengira latar belakang mereka. Indahnya ajaran Islam ialah memberi manfaat kepada seluruh alam ini. Justeru, BBM yang telah menjadikan hadith ini sebagai sandaran utama dalam menjayakan semua program dan aktiviti perlu berusaha melatih semua ahli-ahli BBM benar-benar memahami serta mengamalkan maksud hadith ini.

Bagi merealisasikan hadith ini, BBM telah meletakkan moto dengan 2 kalimah iaitu SEDIA BERBAKTI.
2 kalimah ini menunjukkan bahawa, BBM amat serius dalam memberi manfaat kepada manusia secara khususnya dan alam ini secara amnya.

Setiap ahli BBM yang komited, perlu berada dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia untuk dimanfaatkan tenaganya dalam apa jua perkara kebaikan. 

No comments:

Post a Comment