- Tujuan perjalanan adalah baik dan betul.
- Menunaikan solat sunat 2 rakaat di rumah sebelum bermusafir.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W, ” Perkara yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada ahli keluarganya apabila dia bermusafir ialah menunaikan solat 2 rakaat”. - Anatara sunnah Rasulullah S.A.W. ialah baginda suka bermusafir pada hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Sesseorang sepatutnya tidak bermusafir pada hari Jumaat, menyebabkan dia gagal menunaikan solat Jumaat.
- Nabi S.A.W. bersabda, “Bermusafirlah di malam hari kerana ia memendekkan perjalanan”. Kebiasaannya perjalanan dimudahkan di malam hari. Benarlah sabda Nabi S.A.W. bahawa jarak menjadi singkat di malam hari.
- Antara perkara sunat dalam bermusafir ialah seseorang perlu membawa bersamanya beg kecil berisi keperluan asas untuk dirinya. Setiap kali bermusafir, Nabi S.A.W. membawa beg kecil berisi siwak. Baginda sentiasa membawa siwak ketika bermusafir. Baginda juga membawa sikat, cermin, celak dan kayu wangi. Kayu wangi ini dianamakan Al-Midra, dengannya baginda meleraikan rambut.
- Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga, dengan memohon penjagaan daripada Allah S.W.T. Inilah sunnah yang dibaca oleh Nabi S.A.W. kepada beberapa sahabat, “Aku pohon agar kau dijagai Allah S.W.T. yang takkan hilang jagaan daripadaNya”.
- Sunat bagi meminta didoakan oleh orang musafir. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. meminta salah seorang sahabatnya iaitu Umar Al-Khattab agar mendoakannya ketika dia bernagkat untuk bermusafir apabila dia datang meminta izin daripada Rasulullah S.A.W. Lalu Nabi S.A.W. bersabda, “Saudaraku, janganlah kau lupa untuk mendoakan kami. Rasulullah S.A.W. sendiri meminta sahabatnya mendoakan untuknnya.
- Apabila kita keluar dari rumah, sunat kita membaca basmalah. ‘Dengan nama Allah aku beriman dan bertawakal dan tiada yang berkuasa melainkan Allah’. Apabila mula menaiki kenderaan untuk bermusafir, berdoalah dengan doa musafir.
- Bagi yang bermusafir, jika mudah baginya, agar memilih teman perjalanan yang pekerti. Sunat bagi yang bermusafir secara berkumpulan agar seornag daripada mereka menjadi ketua.
- Antara sunnah lain Rasulullah S.A.W. dalam bermusafir ialah sunat kita bertakbir ketika pada paras ketinggian dan bertasbih ketika turun keparas rendah. (Tidak kira di dalam kereta ataupun kapal terbang)
- Juga di antara sunnah Nabi S.A.W. ialah Al-Huda’ (nyanyian musafir). Diketahui, antara sunnah Nabi S.A.W. ialah mendengar nyanyian. Sebagai bukti bahawa Nabi S.A.W. suka mendengar nyanyian ketika dalam perjalanan. Rasulullah S.A.W. inginkan kita dalam suasana yang baik. Merehat dan menenangkan dirinya daripada suasana tegang yang mungkin dialami ketika bermusafir.
- Nabi S.A.W. mengajarkan kita, apabila memasuki sesuatu pekan atau kampung kita disunatkan berdoa kepada Allah S.W.T. Setiap kali baginda memasuki sesuatu negara atau kampung, baginda akan berdoa agar Allah permudahkan perjalanannya. Jika seseorang itu mengamalkan sunnah ini, Allah akan lindunginya setiap kali dia melalui sesuatu kawasan.
- Nabi S.A.W. juga berpesan agar kita membawa balik hadiah. Pastikan ada hadiah ketika balik daripada bermusafir. Biarpun hadiah tersebut hanya kecil tetapi amat bernilai bagi ahli keluarga, kanak-kanak, sanak saudara dan rakan karib. Hadiah mengeratkan hati manusia. Terutama apabila pulang dengan membawa hadiah. Ramai yang pulang dengan membawa hadiah. Tetapi siapa antara kita yang merasai ia adalah sunnah dan ikutan daripada Rasulullah S.A.W.
Inilah keistiewaan kepada yang tahu dan belajar tentang sunnah Nabi S.A.W. Apabila kita melaksanakan salah satu daripada sunnah ini, kita dapat merasai perjalanan kita dalah perjalanan yang luar biasa. Dipenuhi dengan berbagai manfaat dan faedah dan keagamaan dan mencontohi penghulu para nabi S.A.W.
(sumber : Blog Almost Awesome)Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu.(Surah Al-Imran: 31)
No comments:
Post a Comment