Wednesday, 16 December 2015

Innovation Idea


PENAMBAHBAIKAN BLOG

Dengan  Nama  ALLAH  Yang  Maha  Pemurah  Lagi  Maha  Penyayang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.

1) Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan-tuan/Puan-puan yang sudi melawati blog ini. 

2) Semoga segala input yang terdapat dalam blog ini memberi manfaat kepada Tuan-tuan dan Puan-puan.

3) Saya amat berharap sebarang pandangan, pendapat atau komen berkenaan penambahbaikan blog ini dimaklumkan kepada saya sendiri selaku admin blog ini. Saya amat memerlukan komen yang membina bagi memastikan blog ini sering dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengetahui tentang BBM.

4) Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Cik Nathrah Bt Hj Fazilah kerana sudi memberi komen terhadap blog ini. Semoga Cik Nathrah sudi lagi memberi komen yang bernas.

5) Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi menjengah ke blog ini.


HILMI MOHD NOOR

Saturday, 12 December 2015

Lecture by Mufti Menk : Never Let Anyone Control Your Heart


Wasiat Rasulullah SAW : Jangan Marah


Hakikat Sebuah Perjuangan (1)

Dengan  Nama  ALLAH  Yang  Maha  Pemurah  Lagi  Maha  Penyayang

Ramai yang sering berbicara soal perjuangan. Apakah maksud perjuangan?? Mari kita rujuk kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) berkenaan maksud perjuangan...

Terdapat dua makna yang diberikan iaitu 1) perbuatan atau hal berjuang ; perlawanan , dan 2) perihal berjuang untuk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu.

Manakala dalam bahasa Arab pula perjuangan adalah mujahadah juga boleh disama ertikan dengan istilah jihad.

Di dalam kitab Bulughul Maram, karangan Ibnu Hajar al-Asqolani, dalam bab jihad telah memuatkan sebanyak 47 hadith yang berkaitan jihad.Berikut adalah beberapa petikan daripada kitab Bulughul Maram:

1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda;" Barangsiapa mati sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan". ( Muttafaq Alaihi)

2) Daripada Anas bahawa Nabi SAW bersabda;" Berjihadlah melawan kaum musyrikin dengan hartamu, jiwamu dan lidahmu" 
(Riwayat Ahmad & Nasai. Hadith Shahih menurut Hakim)

3)Daripada Aisyah r.a: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah perempuan wajib berjihad? Baginda menjawab: Ya, jihad tanpa ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah. ( Riwayat Ibnu Majah dan asalnya Kitab Bukhari)

4) Abdullah Ibnu Umar r.a berkata: Ada seseorang menghadap Rasulullah SAW meminta izin ikut berjihad(berperang).Beliau bertanya, Apakah kedua orang tuamu masih hidup? Ia menjawab, Ya. Baginda bersabda, Kalau begitu berjihadlah untuk kedua orang tuamu. ( Muttafaq Alaihi)

5) Ahmad dan Abu Daud juga meriwayatkan hadith yang serupa daripada Abu Said dengan tambahan : Pulanglah dan mintalah izin kepada mereka.Jika mereka mengizinkan, berjihadlah dan jika tidak berbaktilah kepada mereka berdua.

Kesimpulan daripada hadith di atas ialah ;

1) Islam telah meletakkan nilai berbakti kepada kedua ibubapa sama taraf dengan berjihad di jalan Allah.

2) Jihad bukan hanya sekadar peperangan bersenjata tetapi juga melakukan sesuatu usaha dengan gigih bagi mencapai matlamat yang mulia.

3) Jihad memerlukan pengorbanan masa, harta dan jiwa bagi memastikan kejayaan yang ingin dicapai.

4) Setiap individu perlu mempunyai azam serta tekad untuk berjihad di jalan Allah bagi mengelakkan kita terjerumus dalam cabang kemunafikan.

5) Jihad itu adalah sesuatu yang sukar dan keras sifatnya, justeru perlulah mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha untuk berjihad.

Apakah kaitan perjuangan,jihad dan BBM?

Perjuangan dalam bahasa Melayu. Jihad pula dalam bahasa Arab.
Manakala BBM semamangnya berada di jalan perjuangan atau jihad untuk mengembalikan seramai mungkin insan terutamanya golongan remaja dan belia kembali ke jalan Allah kerana tergelincir dengan arus permodenan fatamorgana yang amat hebat bak tsunami yang melanda pantai hingga ke daratan.

Pegangan BBM ialah "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain" perlulah dihayati oleh semua pendokong, penyokong, rakan, sahabat mahupun penyumbang kepada BBM.

Kami berusaha sekuat mungkin bagi memastikan seramai mungkin anak-anak muda menghayati nilai-nilai Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Sedia Berbakti

Makna Di Sebalik Lagu Suci Dalam Debu

Makna  Di sebalik Lagu Suci Dalam Debu
Engkau bagai air yang jernih - (itulah diri kita yang sebenar -Ruh)
Di dalam bekas yang berdebu - (Jasad/Badan yang asalnya di
jadikan daripada tanah)
Zahirnya kotoran itu terlihat - (sifat manusia suka melihat keburukan orang lain)
kesucian terlindung jua -( Hal-hal yang baik biasanya
kurang di pandang dan di ambil peduli)
cinta bukan hanya di mata - (cinta bukan dari
pada sudut syariat semata-mata@solat)
cinta hadir di dalam jiwa - (cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih@zikrullah)
biarlah salah di mata mereka - (mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat)
biar perbezaan terlihat, antara kita - (perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia)
kuharap engkau kan terima - (bermunajat agar di terima Illahi)
walau di pandang hina - (sebagai hamba yang hina)
namun hakikat cinta kita
, kita yang rasa - (perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata)
suatu hari nanti, pastikan bercahaya  (di alam akhirat)
pintu akan terbuka, kita langkah bersama  (bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya
di situ kita lihat, bersinarlah hakikat  (diri kita yang sebenar....berseri-seri dan bersinar)
debu jadi permata, hina jadi mulia ( ruh mereka-mereka yang soleh , yang hina di dunia menjadi mulia di akhirat)
bukan khayalan, yang aku berikan
( kitab Al Quran)
tapi keyakinan yang nyata (kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran)