Monday, 30 November 2015

LATAR BELAKANG BBM

Dengan  Nama  ALLAH  Yang  Maha  Pemurah  Lagi  Maha  Penyayang

Briged Bakti Malaysia (BBM) bermula dengan penubuhan Briged Bakti Kelantan pada tahun 1991. Dato’ Dr Abdul Razak Bin Kechik  merupakan Pengerusi Kebangsaan BBM yang pertama setelah pertubuhan ini didaftarkan sebagai pertubuhan peringkat kebangsaan. Kini BBM mempunyai 10 cawangan di seluruh negara iaitu Perlis, Kedah,Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Falsafah BBM berasaskan kepada ruh/semangat daripada kalimah al-Birr dalam surah al-Baqarah ayat 177. Kalimah Al-Birr maksudnya mencangkupi kebajikan, kebaktian, kebaikan, kesukarelawanan dan kemanusiaan yang berteraskan kepada pengabdian kepada Allah SWT.

Sejak daripada penubuhan BBM, fokus utama ialah membangunkan anak-anak muda agar sentiasa segar dengan budaya dan semangat berbakti kepada masyarakat. Justeru, BBM memulai langkahnya dengan menggerakkan unit uniform di sekolah kerana di sekolahlah anak-anak muda ini dapat dididik dan disemai dengan budaya berbakti. BBM sentiasa mempunyai impian agar setiap pelajar yang menyertainya akan terus menyuburkan budaya berbakti kepada masyarakat, negara dan agama apabila mereka melepasi dunia persekolahan mereka.

Kini BBM bergerak dengan dua fungsi utama iaitu Bahagian Beruniform  di peringkat sekolah dan Bahagian Masyarakat yang terbuka kepada semua individu yang berminat. Fungsi Bahagian Masyarakat telah dikembangkan kepada mahasiswa/mahasiswi IPT. Penglibatan mahasiswa IPT telah membentuk skuad IPT BBM yang sangat penting bagi menjayakan hasratnya dalam penerapan aktiviti kesukarelawan. Skuad IPT juga berperanan sebagai fasilitator atau jurulatih di dalam pelbagai aktiviti yang akan dijalankan oleh BBM. Ini sejajar dengan dasar kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu mengalakkan para penuntut IPT terlibat di dalam aktiviti kesukarelawanan. Justeru, BBM berusaha melatih seramai mungkin mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam Skuad IPT dalam program kesukarelawanan serta penglibatan mereka secara langsung ke dalam komuniti. BBM amat menyakini bahawa pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan adalah mahasiswa dan mahasiswi yang kini sedang menuntut ilmu di semua IPTA/UA atau IPTS/US seluruh negara. Oleh yang demikian, BBM amat serius dalam usaha membangunkan para siswa siswi dengan tiga fokus utama iaitu Kepimpinan, Kesukarelawanan dan Modal Insan agar hasrat mereka sebagai pelapis kepimpinan negara bakal tercapai.

Aktiviti kesukarelawanan BBM amat menekankan agenda pembangunan masyarakat secara kolektif dengan pelbagai pihak termasuklah pihak kerajaan, komuniti dan industri. Antara program-program yang telah dijalankan seperti mosquecare, peduli marhaen, pendidikan anak yatim miskin dan sebagainya. BBM juga telah berjaya menjalankan program kesukarelawanan secara kerjasama dengan pelbagai pihak melalui pendekatan Corporate Social Responbility (CSR) atau Tanggungjawab Sosial Korporat.

BBM mengutamakan aspek pembudayaan ilmu di dalam setiap program ataupun aktiviti di semua peringkat. Pembudayaan ilmu ini terdapat 7 nilai utama iaitu 1) Mementingkan ilmu,2) Mengekalkan hasil ilmiah, 3) Berterusan dalam keilmuan, 4) Hormat kritis terhadap ilmu, 5) Kepimpinan, 6) Musyawarah dan 7) Menghargai peranan wanita.

Slogan BMM ialah “ sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain”, perlulah disebarkan kepada seramai mungkin manusia agar setiap inci kehidupan kita dalam dunia ini mendapat rahmat dan bekerkatan daripada penguasa seluruh alam, Allah SWT.

Friday, 27 November 2015

Perkembangan terkini BBM

Dengan Nama ALLAH  Yang  Maha  Pemurah  Lagi  Maha  Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda serta para sahabat baginda sekalian.

Tahun 2016, genaplah umur Briged Bakti 25 tahun. Briged Bakti telah mula langkahnya dalam program pasukan beruniform di Kelantan Darul Naim. Sehingga kini, Briged Bakti telah berkembang dari Perlis hingga ke Johor dan akan memulakan program di Sabah dan Sarawak pada tahun 2016, Inshaa Allah.

Perkembangan terkini BBM, rombongan BBM yang diketuai oleh Dato' Dr Abdul Razak Bin Hj.Kechik selaku Pengerusi Kebangsaan BBM telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri. Antara JPN yang telah kami kunjungi ialah ;

1) JPN Perak
2) JPN Perlis
3) JPN Kedah
4) JPN Kelantan
5) JPN Pahang

Kesemua JPN yang kami kunjungi telah mendapat reaksi yang amat baik daripada pihak JPN. Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua JPN yang telah kami kunjungi dan barhasrat hubungan baik BBM dengan pihak JPN akan berterusan dengan keadaan yang harmoni serta ukhuwah.

Kami berharap tahun 2016, beberapa sekolah di beberapa buah negeri dapat digerakkan program pasukan berunifrom kepada para pelajar sekolah menengah.

Thursday, 26 November 2015

Terjemahan Surah At-Taubah Ayat 38-39


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak." ( Ayat 38)

"O ye who believe! what is the matter with you, that, when ye are asked to go forth in the cause of Allah, ye cling heavily to the earth? Do ye prefer the life of this world to the Hereafter? But little is the comfort of this life, as compared with the Hereafter."


"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." ( Ayat 39)

"Unless ye go forth, He will punish you with a grievous penalty, and put others in your place; but Him ye would not harm in the least. For Allah hath power over all things."

Kisah Pemuda Yang Ditangguhkan Kematiannya Oleh Allah SWT

Kematian memang di tangan Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. Bagaimana caranya dan mengapa boleh terjadi?
Kisah ini benar-benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”
“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”
“Ada apa dia datang menemuimu?”
“Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan perkahwinannya esok pagi.”
“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.” Selesai berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkawinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.
Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap boleh melangsungkan perkawinannya.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.
Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu memberitakan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?
Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.
“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”
“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”
Kematian memang di tangan Allah. Justru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya, Muhammad bahwa sedekah itu dapat memanjangkan umur. Jadi, sesuatu yang dapat menunda kematian, itu adalah…sedekah.
Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.
Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.
Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.
Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan Khusnul khatimah.
Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampun oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian pada masa mendatang.
Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
Mari berbagi, berbagi itu indah. Dangan mengklik bagikan, anda sudah mendapat pahala dari Allah SWT.

(Sumber : FB Cahaya Al-Quran)

Terjemahan surah al-ma'un


Adakah engkau lihat orang yang mendustakan ad-din ? (1) Itulah orang yang mengherdik / menindas anak yatim (2); Dan tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin (3); Kecelakaan bagi orang-orang yang melakukan solat (4). Yang lalai daripada solat mereka (5); Juga orang-orang yang riya' (6). Dan orang-orang yang enggan memberi pertolongan (7)

Pengajaran surah
  1. Allah swt mencela orang-orang yang mendustakan ad-Din.
  2. Orang yang mendustakan ad-Din adalah mereka yang suka mengherdik, menghalau, menafikan hak, menindas dan menganiaya anak yatim. Bahkan suka meninggalkan amal kebajikan.
  3. Orang yang mendustakan ad-Din tidak suka menggalakkan orang lain bersedekah makan minum kepada golongan miskin; bersifat bakhil dan sering mengadakan alasan-alasan untuk menolong orang.
  4. Musibah dan celaka besar terhadap orang yang melakukan tiga perkara (a) melalaikan solat, (b) berbuat sesuatu dengan riya', (c) enggan menolong orang lain (walaupun perkara yang mudah dan ringan).
  5. Lalai dalam solat membawa maksud – meninggalkan solat, jarang solat, solat di akhir waktu, solat tergesa-gesa, solat dengan malas.
  6. Allah menyenaraikan empat sifat orang kafir / tidak beriman / hipokrit / munafik yakni mereka (a) bakhil dan kikir; (b) meninggalkan / lalai dalam solat (c) bersifat riya' (d) enggan memberi pertolongan dan zakat.
(Sumber : Blogger Ummu Auliya)

Wednesday, 25 November 2015

Surah al-Maaun


Sebaik-baik manusia


عن ابن عمر ، أن رجلا جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقال : يا رسول الله أي الناس أحب إلى الله ؟ وأي الأعمال أحب إلى الله عز وجل ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « أحب الناس إلى الله أنفعهم للناس ، وأحب الأعمال إلى الله سرور تدخله على مسلم ، أو تكشف عنه كربة ، أو تقضي عنه دينا ، أو تطرد عنه جوعا ، ولأن أمشي مع أخ لي في حاجة أحب إلي من أن أعتكف في هذا المسجد ، يعني مسجد المدينة ، شهرا ، ومن كف غضبه ستر الله عورته ، ومن كظم غيظه ، ولو شاء أن يمضيه أمضاه ، ملأ الله عز وجل قلبه أمنا يوم القيامة ، ومن مشى مع أخيه في حاجة حتى أثبتها له أثبت الله عز وجل قدمه على الصراط يوم تزل فيه الأقدام »
Daripada Ibnu Umar bahwa seorang lelaki mendatangi Rasulullah Shallallahualaihiwassalam dan berkata,”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah ? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?” Rasulullah Shallallahualaihiwassalam menjawab,”Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi hutang atau menghilangkan kelaparan. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menunaikan) suatu keperluan lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini—yaitu Masjid Madinah—selama satu bulan. Dan barangsiapa yang menghentikan amarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa menahan amarahnya padahal dirinya sanggup untuk melakukannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk (menunaikan) suatu keperluan sehingga tertunaikan (keperluan) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak bergemingnya kaki-kaki (hari perhitungan).” (HR. Thabrani)
Hadits ini dihasankan oleh Syeikh al Albani didalam kitab “at Targhib wa at Tarhib” (2623)

Tuesday, 24 November 2015

Rahmat sekalian alam


Visi BBM: Masyarakat Berbakti

Briged Bakti Malaysia (BBM) mempunyai hasrat yang amat besar untuk mengwujudkan masyarakat di dalam negara kita agar membudayakan sikap tolong-menolong di antara satu sama lain. Kami mempunyai cita-cita yang besar untuk melatih seramai mungkin anak-anak muda kini agar berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

Justeru, program-program yang dianjurkan oleh BBM akan menjurus kepada elemen bantu membantu dan mengutamakan hubungan persaudaran di antara satu dengan yang lain.

Masyarakat Berbakti yang ingin kami lahirkan terdiri daripada perkara berikut ;
1) Berbakti kepada agama
2) Berbakti kepada negara
3) Berbakti kepada bangsa
4) Berbakti kepada masyarakat & komuniti

Bagi menjayakan agenda ini, kami memerlukan sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak untuk bersama-sama kami untuk tujuan ini.

Monday, 23 November 2015

Sahabat Dunia dan akhirat



'SAHABAT'

Berkata Umar bin Khattab Radhiyallahu 'anhu:
"Tidaklah seorang hamba diberi kenikmatan yang lebih besar setelah keislaman, selain sahabat yang soleh. Maka apabila kalian mendapati teman yang soleh, peganglah ia erat-erat"

══════════
Berkata Imam Syafi'i:
" Apabila kalian memiliki teman - yg membantumu dalam ketaatan- maka genggam erat tangannya, karena mendapatkan seorang sahabat itu sulit sedangkan berpisah darinya itu "mudah"

══════════
Berkata Al Hasan Al Bashri:
" Sahabat2 kami lebih kami cintai daripada keluarga dan anak2 kami, karena keluarga kami mengingatkan kami pada dunia, sedangkan sahabat2 kami mengingatkan kami pada akhirat. Dan sebagian sifat mereka adalah : itsar (mendahulukan orang lain dalam perkara dunia)
═════💠💠═════
💞 Berkata Luqman Al hakim pada anaknya:

" Wahai anak ku hendaknya yang pertama engkau usahakan setelah keimanan kepada Allah adalah mencari sahabat yang jujur. Karena ia ibarat pohon, bila engkau duduk berteduh di bawahnya, ia akan meneduhimu, bila engkau mengambil buahnya dia akan mengenyangkanmu, dan bila ia tidak memberimu manfaat, ia tidak merugikanmu"
═════💠💠═════
💞 Ketika Imam Ahmad rahimahullah sakit, sampai terbaring di tempat tidurnya, sahabat beliau, Imam Syafi'i rahimahullah menjenguknya. Maka tatkala Imam Syafii melihat sahabatnya sakit keras, beliau sangat sedih, sehingga menjadi sakit karenanya. Maka ketika Imam Ahmad mengetahui hal ini, beliau menguatkan diri untuk menjenguk Imam Syafi'i. Ketika beliau melihat Imam Syafi'i beliau berkata: Kekasihku sakit, dan aku menjenguknya,
Maka aku ikut menjadi sakit karenanya.
Kekasihku telah sembuh dan ia menjengukku, maka aku menjadi sembuh setelah melihatnya
═════💠💘💠═════

🍁 Ya Allah berikan kepada kami sahabat sahabat yang soleh & solehah.

Aamiin
Lirik Oleh : Hilmi Mohd Noor
Lagu Oleh : Omar K

Blog Rasmi Pengarah Eksekutif BBM

Assalamualaikum,

Mulai bulan Disember 2015, blog ini adalah salah satu daripada blog rasmi Pengarah Eksekutif BBM. Melalui blog ini, Tuan-tuan dan Puan-Puan dapat mengikuti perkembangan BBM dengan lebih kerap lagi.

Inshaa Allah, saya akan sentiasa mengemaskini blog ini bagi kemudahan sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat atau perkembangan berkenaan BBM.

Lain-lain perkembangan boleh juga dilawati melalui website rasmi kami iaitu www.brigedbaktimalaysia.com